Wednesday, July 27, 2011

Optimis koleksi baru sumbang lebih 40 peratus

Guna teknologi bio mechanics beri keselesaan kaki



Berazam meningkatkan kesihatan, keselesaan, dan kesejahteraan masyarakat melalui kaki, jenama kasut terkemuka dunia, Scholl optimis koleksi 2011, mampu menyumbang 40 hingga 60 peratus ke atas keseluruhan jualan tahun ini.



Pengarah Urusan Reckitt Malaysia, Veronika Rost, berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu kerana koleksi Scholl 2011 menawarkan lebih 100 pilihan untuk lelaki dan wanita dengan pelbagai gaya dan warna menggunakan teknologi bio mechanics yang memberi kelainan tanpa mendatangkan kesakitan pada kaki walaupun terlalu lama berdiri mahupun penggunaan yang kerap.

Menurutnya, koleksi itu juga mempunyai potensi jualan yang besar kerana bakal menjadi pilihan pengguna menjelang sambutan hari raya nanti.



"Koleksi Scholl 2011 terdiri daripada kasut untuk bersantai, acara rasmi, kasual lelaki dan wanita, bersukan meliputi jenis selipar bersarung, dan sandal.



"Dalam setiap rekaan, fokus utama kami adalah untuk menyerlahkan gaya bagi memenuhi citarasa selain membangkitkan keyakinan kepada pemakai tanpa mengabaikan aspek keselesaan kaki,”katanya selepas melancarkan koleksi 2011 sempena Karnival Scholl di pusat membeli belah Sunway Piramid bermula 25 hingga 28 Julai 2011.



Katanya, walaupun saiz pasaran jenama ini masih kecil tetapi dari segi penguasaan pasaran kasut jenis mementingkan keselesaan, Scholl jenama teratas dan syarikat berazam untuk terus mengekalkan kedudukan jenama ini kerana ia mempunyai kelompok pengguna setia tersendiri.



"Kami berpegang teguh pada prinsip pengasas Scholl iaitu Dr William Mathias Scholl, bahawa penjagaan kaki yang baik adalah asas kepada keseluruhan tubuh badan, jadi penjagaan yang sempurna akan memberi lebih kebaikan kepada struktur badan,”katanya.

Scholl adalah jenama dunia yang diasaskan pada 1904 oleh Dr William Mathias dan telah bertapak lebih 100 tahun di 70 negara seluruh dunia. Di Malaysia, jenama itu diuruskan Reckitt Benckiser.Malaysia dan menjadi pengeluar untuk pasaran Asia.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...