Sunday, January 10, 2010

Malay Teh House


Warisan budaya cabaran Malay Tea House

Martabat teh Melayu melalui pengembangan dalam, luar negara

SALWANI MD ZAIN

INDUSTRI teh, sama seperti kopi atau minuman lain mempunyai kelebihan tersendiri untuk diperluaskan potensinya.

Menyedari kepentingannya
terhadap industri dan ekonominegara, Warisan Asal Sdn Bhd melalui jenama Malay Tea House melahirkan teh bercirikan Melayu.

Malay Tea House bukan sahaja
dipasarkan untuk pasaran tempatan, tetapi turut melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa bermula di China pada 2005, disusuli Afrika, Singapura dan Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safinah Yaakob berkata, teh adalah warisan agung tidak ternilai dan ia seharusnya dikekalkan dari segi rasa, kualiti dan jenis.

“Masyarakat kita kaya dengan
warisan dan teh adalah salah satu daripadanya kerana berpotensi besar untuk dikomersialkan, ” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, Warisan Asal
memfokuskan teh sebagai segmen utama perniagaan selain memasarkan produk penjagaan diri dan rawatan tradisional dan pakej perkhidmatan spa.

Beliau berkata, Malay Tea
House memfokuskan teh herba terdiri daripada
pegaga, limau purut, mas cotek, ‘rosell’ dan misai kucing.

“Kami mengetengahkan
lima bahan ini kerana ia mudah diterima masyarakat selain fungsinya membantu dalam penjagaan kesihatan.

“Ia menjadi penyumbang
utama kepada keuntungan tahunan syarikat antara 40 hingga 50 peratus,” katanya.

Safinah berkata, herba
berkenaan adalah asas kepada herba lain seperti peria dan hempedu bumi.

“Dua herba ini kurang
mendapat sambutan kerana faktor rasa pahit dan jarang digunakan sebagai minuman,” katanya.

Peringkat lebih tinggi
minuman herba kurang menjadi pilihan utama masyarakat Melayu, tetapi masyarakat luar seperti diJepun, Cina dan Korea menjadikannya sebagai tradisi.

Sehubungan itu, Safinah
menyertai Pameran Herba Asia pada 2002 kerana ia platform terbaik mendedahkan masyarakat mengenai khasiat herba.

Beliau kemudiannya
memperkenalkan Malay Tea House dengan menyertai Program Pembangunan Usahawan Wanita anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Saya menerima sokongan dan
galakan daripada pengunjung luar seperti Afrika dan negara Asia lain supaya mengetengahkan jenama ini,” katanya.

Malay Tea House membuka
cawangan pertama di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, Selangor pada 2006.

Safnah berkata, perniagaan itu
diperluaskan menerusi pembukaan cawangan kedua di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur pada 2007.

“Berdasarkan sambutan dan
sokongan semua pihak, sudah tiba masanya teh orang Melayu dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi setanding teh lain,” katanya.

Menerusi peluang jangka
panjang, beliau berkata, Malay Tea House kini sedang merancang untuk memperluaskan pasaran ke Korea dan Timur Tengah.

Menurutnya, walaupun
terdapat permintaan, namun terlalu sukar memasuki pasaran Korea kerana syarikat terpaksa bersaing dengan teh jenama negara itu.

Ini berikutan teh berkenaan
dipercayai warisan turun-temurun dan kesukaran itu dilihat sebagai cabaran utama MTH untuk mengembangkan pasaran.

“Budaya adalah salah satu
cabaran selain kelulusan pihak tempatan yang sukar menerima produk luar terutama menyentuh budaya mereka,” katanya.

Bagi pasaran tempatan, Safinah pula berkata, cabaran tidak terlalu sengit, kerana Malay Tea House hanya perlu bersaing dari segi perisa dan kualiti.

“Walaupun terdapat pelbagai
perisa, rupa dan jenama, tetapi kami mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi pembungkusan dan rasa.

“Kebanyakan teh yang ada
hanya sesuai untuk diminum, teh berasaskan herba kurang menjadikan jenama Malay Tea House terus diminati,” katanya.

Selain kualiti dan rasa,
pembungkusan menarik juga menjadikannya sesuai sebagai cenderahati untuk golongan korporat atau acara keraian.

Fokus utama Malay Tea House
bukan sekadar menjadikan setiap produk untuk minuman sematamata, tetapi turut menitikberatkan pembungkusan dan ciri herba
sebagai identiti.

Safi nah berpendapat, dengan
keunikan tersebut, jenama produknya berjaya mencipta satu transformasi dalam industri teh.

Sebagai pengusaha, beliau
mendapati industri teh tempatan masih berada di tahap lama sedangkan banyak peluang baru boleh diteroka.

“Kebanyakan
teh di pasaran hanya sesuai sebagai minuman, namun khasiatnya kurang diutamakan sedangkan teh lebih sinonim dengan herba,” katanya.

Beliau berkata, peluang itu
membuka jalan baginya untuk memperkenalkan beberapa produk baru berasaskan teh pada tahun ini.

Menurutnya, penyelidikan
sedang dijalankan dan teh akan digabungkan bersama herba bagi menghasilkan kuih, mufin, kek beraroma.

“Ini adalah strategi syarikat
dalam mempelbagaikan produk berasakan teh dan herba tempatan,” kata Safinah.

Mengenai penghasilan kepelbagaian produk, Safinah berkata, idea tersebut lahir sebagai kesinambungan kepada dua produk keluaran syarikat.

“Peluang itu sudah ada,
tetapi penghasilannya mengambil masa. Saya menyedari masyarakat mulai minat menggunakan barangan berasaskan herba.

“Oleh itu, inilah peluang
keemasan syarikat bersaing dalam industri teh bagi
pasaran tempatan dan luar negara,” katanya.

Bagi merancakkan lagi industri, Malay Tea House kini perancangan untuk mewujudkan perniagaan berkonsepkan ‘Karavan’.

“Konsep itu mendekatkan
jenama kami dengan masyarakat di samping bertindak sebagai strategi promosi dan pemasaran,”katanya.

Konsep karavan memerlukan
perbelanjaan modal antara RM50,000 hingga RM80,000 dan mensasarkan golongan suri rumah, mereka yang mencari pekerjaan atau menjadikannya sebagai pekerjaan sambilan.

Menurutnya, sesiapa yang
berminat tidak perlu bimbang tentang modal kerana mereka akan diberi bantuan termasuk bimbingan tentang pemasaran.

Bagi mengembangkan perniagaan, Malay Tea House merancang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah cawangan di setiap negeri.

“Kami yakin sasaran akan
tercapai walaupun cawangan akan datang masih menumpukan Lembah Klang sebagai lokasi ketiga,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai pelaburan setiap cawangan kerana lebih menyenangi pelanggan menilai berdasarkan kepuasan mereka.

Dua cawangan Malay Tea House
yang terletak di FRIM dan Pasar Seni mempunyai tarikan pelanggan tersendiri kerana lokasinya strategik.

Cawangan pertama lebih luas
kerana berupaya menampung lebih 100 pelanggan dalam satu-satu masa, manakala cawangan kedua untuk kapasiti 50 orang.

Namun, cawangan Pasar Seni
menjadi tumpuan pelancong kerana
kedudukannya strategik, menjadikan Malay Tea House lebih mudah dikenali.

“Ada antara mereka datang
menikmati dan membeli produk untuk dijadikan sebagai buah tangan. Secara tidak langsung, ia mempromosikan jenama Malay Tea House ke luar negara,” katanya.

Safinah berkata, industri teh
berasaskan herba memerlukan lebih ramai pengusaha baru terutama membabitkan generasi muda sebagai pemangkin.

Lebih ramai muka baru tampil
ke hadapan, industri teh akan terus diwarisi dan dikembangkan tanpa bersandarkan perniagaan sematamata.

“Namun sebaliknya,
perkembangan itu membawa nama, budaya dan peradaban yang memberi kesan ke atas sektor pelancongan negara,

“Peluang ini memerlukan
sokongan semua pihak, terutama kerajaan bagi menjadi nadi menggerakkannya supaya industri
teh tidak dipinggirkan,” katanya.



No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...