Tuesday, January 12, 2010

Transformasi satu dekad - ke arah wawasan 2020


Malaysia menuju transformasi satu dekad
Walaupun cabarannya amat besar, namun semua pihak perlu bersedia menjadikannya realiti pada 2020


IWAN SHU-ASWAD SHUAIB, SOFYAN RIZAL ISHAK, SALWANI MD ZAIN dan NORHIDAYYU ZAINAL

MUKADIMAH

KEHADIRAN 2010 menyaksikan tempoh satu dekad bagi Malaysia mendepani Wawasan 2020, satu perkembangan secara mega sejak ia diperkenalkan 20 tahun dulu.

Wawasan 2020 adalah tindak
balas kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosial kepada negara di peringkat nasional atau antarabangsa.

Sebagai rakyat Malaysia, kita
sering kali dimaklumkan tentang pelaksanaan, inisiatif dan usaha dengan menjadikan tahun ‘keramat’ itu sebagai sasaran.

Penetapan tahun 2020 itu
adalah jangkaannya sebagai pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan pesat.

Ini termasuk jangka waktu
munasabah dan pratikal berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang dicapai. Tidak dinafi kan cabarannya amat besar terutama Krisis Kewangan Asia 1997 dan kelembapan ekonomi global bermula 2008 melanda negara.

Sinar Harian menyenaraikan
sebahagian matlamat, pelaksanaan dan rancangan Malaysia membabitkan pelbagai sektor ekonomi dan industri seiring wawasannya pada 2020.

Tidak kira sejauh mana ia
memberi kesan kepada negara dan rakyat, namun diharapkan satu Malaysia bersedia dan mempunyai kesungguhan dinamik bagi memastikan transformasi visi kepada realiti.

1. Malaysia sebagai negara
ekonomi berpendapat an tinggi. Sebanyak 66 negara di seluruh dunia adalah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

2. Empat bank koperasi.
Bagi mencapai hasrat itu, sebanyak 520 koperasi kredit di seluruh negara perlu bergabung mewujudkan kerjasama sekali gus membentuk bank.

3. Kedudukan 10 negara
dagangan utama dunia. Malaysia kini menduduki tempat ke-19 dan sedang berusaha menduduki 10 teratas.

4. Sifar kemisikinan tegar.
Usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan mengurangkan jurang ketidaksamaan kawasan bandar dan luar bandar dipergiatkan.

5. Teknologi hijau.

Menerusi bajet 2010, dana
permulaan RM1.5 bilion diperuntukkan bagi mewujudkan bandar teknologi hijau.

6. Konsep 1Malaysia.
Antara teras utama dalam membentuk model ekonomi baru bagi membolehkan Malaysia merealisasikan status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi.

7. Pemilikan ekuiti Bumiputera
30 peratus. Sasaran itu diputuskan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

8. Kadar Imbangan Dagangan
Makanan positif. Transformasi sektor pertanian dipertingkatkan melalui Dasar Agro Makanan Baru, panduan pelaksanaan Dasar Pertanian Negara Ke-4.

9. Industri halal menyumbang
5.8 peratus KDNK Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejajar sasaran pelan induk Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

10. 250,000 jurutera profesional
diperlukan. Antara sektor yang memerlukan penambahan jurutera adalah pembuatan, bioteknologi, teknologi maklumat dan kimia.

11. Pengeluaran pertanian dua
kali ganda. Sasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melalui transformasi dari peringkat tanaman hingga pemasaran.

12. Permintaan tenaga meningkat kepada 45 peratus. Malaysia perlu memenuhi permintaan meningkat berikutan kekurangan tenaga menjejaskan pembangunan negara.

13. Pekerja ladang rakyat
tempatan di ladang milik Felda meningkat sehingga 40 peratus. Ketika ini sebahagian besar pekerja ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah warga asing.

14. Buka 40,000 hektar ladang
koko di seluruh negara. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperuntukkan RM83 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

15. 80 peratus penduduk dewasa
Malaysia menganggot ai koperasi. Surunjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menyediakan persekitaran kondusif, kemudahan bantuan, pembiayaan, peluang dan jaringan perniagaan.

16. 100,000 ladang sarang
burung Walit di seluruh negara. Turut menghasilkan 500 tan sarang burung itu setahun bernilai RM5 bilion untuk pasaran dunia.

17. Negara celik teknologi
maklumat (IT). Kementerian Pelajaran mensaarkan sifar buta huruf melalui kemahiran 3M, (membaca, menulis dan mengira) di samping memberi pendedahan IT kepada kanak-kanak seawal umur tujuh tahun.

18. Tingkat penggunaan
teknologi hijau dalam sumber alternatif. Kerajaan mengenal pasti lebih banyak kawasan mini hidro di negara.

19. Pelopor kepada sistem
kewangan Islam. Kerajaan akan membuat pengecualian cukai ke atas sistem kewangan Islam bagi memantapkan sistem perbankandan meluaskan operasi di luar negara.

20. Pengeluaran 8 tan minyak
sawit ment ah sehektar setahun. Sasaran industri sawit mampu dicapai menerusi pendekatan lebih strategik, menekankan aplikasi teknologi terbaru dalam industri sawit khususnya sektor perladangan.

21. Penghijrahan penduduk desa
ke bandar 75 peratus. Ini mewujudkan pelbagai cabaran seperti kesesakan, pencemaran alam sekitar dan ketidakstabilan ekonomi. Justeru, kerajaan berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur mencukupi termasuk perumahan.

22. Pelaksanaan pembangunan
wilayah koridor mengikut jadual. Ia menjadi mercu tanda kepada Malaysia sebuah negara maju dengan pembangunan yang mapan dan holistik.

23. Eksport barangan meningkat
kepada RM1.4 trilion. Peningkatan yang disasarkan kerajaan itu menjelang akhir tempoh Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Kerajaan turut menjangkakan nilai perdagangan barangan negara meningkat tiga kali ganda kepada RM2.8 trilion.

24. Peneraju makanan halal
dunia. Hasrat kerajaan itu berikutan permintaan terhadap produk makanan halal mencecah AS$ 2.1 trilion (RM7.01 trilion) setahun.

25. ECER-SEZ t arik pelaburan
RM90 bilion. Ia membabitkan pelaburan dosmetik dan antarabangsa bagi Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER-SEZ). Empat zon bebas di SEZ menggalakkan dan menumpukan rantaian antara kelompok industri iaitu pembuatan bernilai tinggi, industri asas tani, gas dan petrokimia. Ini termasuk pelancongan dan hartanah, ilmu dan pendidikan teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) serta logistik.

26. Biot eknologi percepat
transformasi Malaysia sebagai negara perindustrian. Bioteknologi antara lima teknologi teras mempercepatkan transformasi itu. Kerajaan akan menambah baik kerangka peraturan pelaburan dan akses pembiayaan, memajukan prasarana relevan, meningkatkan kadar pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta meningkatkan bilangan pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi.

27. Jenama lada Sarawak sebagai
penanda aras. Bagi produk dan perkhidmatan untuk pasaran khusus di peringkat global. Industri lada melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) mensasarkan hasil pengeluaran 40,000 tan pada 2020.

28. Malaysia sebagai negara maju.
Negara perlu mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6 peratus setahun. Sumber-sumber baru antara usaha bagi membantu mencapai kadar pertumbuhan lebih tinggi.

29. Sektor pelancongan pendapatan kedua negara. Matlamat Kementerian Pelancongan adalah mengekalkan purata pelancong sehingga dua jutaorang sebulan. Sektor pelancongan berpotensi tinggi seperti pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan.

30. Malaysia sebagai negara perindustrian. Ia memberi tumpuan kepada industri berat, pembuatan ringandan perkhidmatan terutama teknologi maklumat (ICT). Industri tersebut juga adalah asas utama kepada pembentukan negara ekonomi berpendapatan tinggi.

31. Pengangkutan awam nadi
perhubungan negara. Kerajaan mempelbagaikan usaha bagi menambah baik pengangkutan awam dan meletakkannya sebagai salah satu bidang keberhasilan negara (NKRA) yang akan meningkatkan produktiviti untuk mewujudkan taraf pengangkutan cepat dan berkesan.

32. Kuala Lumpur bandar raya
bertaraf dunia dan kelas pertama. Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai hasrat itu termasuk penyediaan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...